Wednesday 12 December 2018

Risaukan Anak Ketika Berlari?


Seringkali orang bertanya dengan saya, bagaimana nak mengawal anak di dalam stroller untuk tempoh yang lama? Ini adalah 1 topik yang bagus untuk dibincangkan. Sebab apa? Sebab setiap anak itu, berbeza ragamnya. Ok, saya bagi beberapa tips untuk persediaan anak.

Anak-anak luangkan masa bermain selepas mak bapak habis berlari.
Kita bagi masa untuk mereka berseronok pula.
Pic : Selepas KL Car Free Morning
  • Toys – Standby barang mainan mereka seperti anak patung. Risau jatuh? Cari toy strap. Murah je di Shopee.
  • Makanan – Ini penting. Bawa keperluan makanan mereka, bergantung kepada umur mereka lah ye. Kalau yang masih baby, sediakan susu. Biasanya kami bagi kenyang siap sebelum lari supaya anak tak meminta susu masa kita berlari. Kalau yang dah besar, jajan, kuih, gula-gula dan air minuman untuk mereka. 
    Pic : Parkrun Presint 18, Putrajaya
  • Libatkan mereka sekali – Dari awal nak bersiap, bagitahu mereka yang kita akan berlari. Timbulkan keseronokan daripada awal. Kadang-kadang saya bawa mereka ke racekit collection, mereka yang akan tanya, esok kita lari kat sini ke Daddy? Kawan-kawan Daddy datang ke?Dia tanya sebab dia tau, nanti ramai kawan2 yang dia akan jumpa dan bermain selepas lari.
  • Pep Talk – Sebelum start berlari, bercakap dengan mereka. Bagitau mereka yang kita akan berlari, enjoy larian ni dan kita habiskan sama-larian ni. Jadi mereka akan ada feeling yang mereka pun sama-sama berlari dengan kita.
  • Uruskan time mereka berlari – yang dah besar sikit, mesti nak turun lari. Anak kita, kita yang manage. Bagitau mereka, bila masa yang sesuai untuk turun dan boleh berlari. Dan, kalau misal kata anda ingin mengejar ‘personal best’, kena bagitau awal-awal masa pep talk, yang race ini anak takkan turun dan berlari sebab anda nak lari laju dan mengejar masa.
    Pic : Parkrun Presint 18, Putrajaya
  • Latihan – janganlah kita hanya bawa mereka masa event sahaja. Sekali sekala, bawalah mereka berlari dan berlatih. Anak-anak ni, lain ragamnya. Yang seorang, suka ikut berlari. Kalau dia Nampak kita nak keluar berlari, menangis nak ikut. Bila bawak, tak sampai 1km dah tumbang tidur. Yang seorang lagi, ikut mood. Ada masa, nak mengikut. Ada masa, tak mau. Tapi, dalam stroller, nak bersembang tak berhenti. Jadi, kena cuba dan ketahui bagaimana reaksi mereka sendiri.
  • Berbual – ramai yang bagitau kenapa best berlari dengan stroller ni, adalah sebab masa yang baik dengan keluarga dan anak. Jadi, berbual lah dengan mereka. Nak bual apa? Masa kita kecil dulu, ingat tak mak bapak kita tunjuk pokok, kapal terbang, burung, keretapi, ayam, kucing, bas, masjid, dan lelain lah. Buatlah macam tu. Yang dah memang petah bercakap, tak perlu ajar dah kot apa topik nak buka. Dia yang akan tanya itu ini ye dak? Hehehe.
    Pic : Parkrun Presint 18, Putrajaya
  • Join Group Run MSRC – Sertai group run kami dapat membantu anak anda rasa seronok kerana habis larian, adalah masa untuk mereka pula bermain dengan rakan-rakan lain. Kami memang akan bagi masa untuk mereka bermain sambil kita berehat dan bersembang selepas lari.


Itu sahaja tips saya pada kali ini. Anda ada point untuk dikongsikan? Ingat, setiap anak kita, lain ragamnya. Jika boleh, elakkanlah memberi gadget kepada anak anda semasa berlari.  Kita dah buat benda yang bagus bawak anak join aktiviti outdoor, tapi bagi gadget pula. Berbuallah dengan mereka, inikan masa bersama keluarga. Semoga bermanfaat buat semua.


-The Running Dad-

Anak-anak bercamping masa mak bapak join Pink Ultra


No comments:

Post a Comment

Popular Post