Thursday 8 February 2018

Stroller Apa Yang Sesuai Untuk Berlari?

Salam semua.

Alhamdulillah. Komuniti ini semakin berkembang. Saya harap anda yang join komuniti ini sudah pun mula berlari dengan stroller. Impian saya nak mencetus budaya hidup gaya sihat di kalangan rakyat Malaysia. Mempunyai anak bukan penghalang untuk kita bersenam atau beriadah.

Ramai yang bertanya, berkaitan dengan stroller. Brand apa yang sesuai? Stroller apa yang boleh kita buat berlari? Takpe ke saya tolak guna stroller biasa je? Ok. Artikel kali ini saya akan ceritakan stroller apa yang sesuai untuk dibawa berlari.

Gambar diambil ketika event SIC Motorsports Free Morning
By : Ernizuraini

Isteri saya yang memilih stroller yang kami gunakan sekarang ini. Phil & Teds. (Dash). Pilihan ini sebab boleh bawa 2 orang penumpang hehe.. Sebelum ini, kami pertama kali menolak dengan menggunakan Stroller MacLaren. Untuk menolak sejauh 10km, stroller berkenaan agak tidak sesuai kerana faktor keselesaan anak. Jadi apakah kriteria yang perlu difikirkan sebelum memilih stroller untuk sesuai.

Pertama sekali yang kita perlu fikirkan adalah keselesaan anak. Jadi, kriteria yang pertama adalah stroller yang berjenis tayar angin atau tayar yang boleh dipam. Ini kerana, tayar angin mampu memberi keselesaan ketika kita sedang berlari. Stroller anda tidak bergetar dan mengurangkan hentakan samada anda di jalan tar atau "off road". Tapi 1 perkara kena ingat, kena sentiasa periksa tayar dikhuatiri sebelum event, tayar stroller anda pancit. Pastikan anda mempunyai pam tayar di dalam kereta sebagai langkah berjaga-jaga juga.

Anda juga digalakkan mencari stroller yang mempunyai 3 tayar dan yang boleh adjust to fixed. (Lock supaya tayar tidak berpusing) Sebelum ini saya lebih suka tayar depan saya dilaraskan bebas. Namun baru-baru ini saya mencuba untuk kunci pergerakan tayar stroller atas nasihat Sifu Arif, ternyata kawalan stroller lebih baik dan mudah. Begitupun, jika anda ingin menggunakan stroller yang boleh digunakan untuk aktiviti seharian juga, pastikan anda tidak memilih jenis "fixed front wheel"

Contoh fixed front wheel.

Seterusnya ada stroller yang mempunyai braking system. Stroller yang mempunyai brek tangan ini sebenarnya akan membantu kita mengekalkan form larian atau posture badan kita dalam keadaan yang baik ketika turun bukit kerana kita menurun kita akan mengubah rentak larian kita untuk menahan stroller kita yang akan bergerak lebih laju ketika itu. Stroller saya tidak mempunyai brek tangan. Hanya ada strap untuk dikuncikan di tangan supaya stroller tidak terlepas dari genggaman kita. 

Yang penting sekali, rajin-rajinkan diri membaca spesifikasi stroller tersebut. Ini kerana supaya anda boleh mengetahui lebih mendalam mengenai stroller itu. Ada stroller yang seat nya tidak boleh dibaringkan jadi kesian juga pada anak kerana terpaksa tidur dalam keadaan tegak. Ada stroller yang tidak mempunyai compartment yang besar untuk anda membawa barang-barang keperluan anak seperti mainan, makanan snek, susu dan sebagainya. Sudah tentu anda sendiri ingin menumpang air botol minuman anda juga di stroller. 

Jadi, buatlah pilihan yang bersesuaian mengikut bajet anda sendiri. Saya dan isteri beli 2nd hand di Mudah.my. Antara jenama baby jogger yang terdapat di pasaran (belum tentu ada di Malaysia) :

1. Phil And Teds
2. BOB Stroller
3. Baby Jogger FIT
4. Mountain Buggy Terrain
5. Schwinn Stroller
6. Thule


Bagi yang berlari jarak 3-5km, tiada masalah untuk menggunakan stroller yang biasa cuma jika anda mempunyai keinginan untuk masuk event 10km, saya menyarankan anda untuk memikirkan untuk mencari stroller yang lebih selesa untuk anda dan anak anda. 

Selamat mencuba dan sharekan juga kepada rakan anda. 

Ikmal
#TheRunningDad

Monday 5 February 2018

Kenapa Saya Berlari?

Ramai yang bertanya, kenapa tiba-tiba minat lari masuk event sana-sini? Entah. Ha ha ha...
Larian ni, kalau secara awalnya kami mula-mula masuk event pada 2013. Selepas kelahiran anak pertama kami, Khaylila. Saya tak pasti dengan korang semua, tapi saya memang ada sindrom berjangkit dengan wife. Masa dia pregnant, saya pun sama-sama mengembang. 😅

So Mac 2013, kami masuk 1 larian. Disember kami masuk lagi 1 event, Uniten MAKNA Run. This time tak suka lari jugak. Erni yang registerkan.

Berbezakan saiz? Hehe. Kejap naik kejap turun. Macam itulah saya. Masuk 2016, kami start masuk semula larian. Waktu ni anak dah 2 orang. Kami biasanya akan hantar anak ke rumah mak bapa saya di Serdang, sebelum ke tempat event namun kami membuat keputusan untuk bawa kedua-duanya sekali ke event Sunsuria Foodiethon 2016 dan menolak mereka dengan stroller. Di event tersebut, kami betul-betul bermula dari belakang kerana menunggu kawan yang tak kunjung tiba, Hafzan. Lewat sampai. Kami lari jugak, tinggalkan dia. 

Sepanjang larian kami memintas pelari-pelari yang dah mula berjalan di KM1-3. Dari situ kami terdengar ada yang memberi sokongan, suntikan semangat seperti "Wow, steady bang. Tolak 2 orang boleh panjat bukit", "Terbaik bang, akak". Ada juga yang bersembang sesama kawan, "Weh, jom lah lari balik. Abang tu tolak stroller pun steady je". Ternyata, dalam diri saya, timbul keterujaan, semangat. Terasa seolah saya memberi inspirasi kepada orang lain. Perasaan yang tak dapat nak dibayangkan. Tenaga dalaman bertambah. Memang hebat. Kami bertukar ganti menolak stroller kerana belum pernah tolak mereka sambil berlari sebelum ini. Belum pandai nak kawal pace dan kawal pernafasan. Bukit lagi nak kena daki. Hehe.
Bermula dari belakang, kami memotong yang sudah mula berjalan di bukit yang pertama. 
                                 

Event inilah permulaan saya menolak stroller sejauh 10km dan saya rasa seronok sekali. Selepas daripada event ini, saya kerap membawa anak-anak saya berlari di waktu petang bila ada kelapangan. Pada saya, mempunyai anak bukan penghalang untuk bersenam. Saya faham, situasi lain seperti kekangan waktu kerana berkerja dan menguruskan hal-hal rumah juga. Namun, cuba juga luangkan masa anda untuk beriadah walaupun anda sibuk berkerja. Insyaallah pasti boleh. Nak mulakan sesuatu yang baru itu memang sukar. 

Di finishing line
Tengok cara anak saya duduk, begitulah keadaannya sejauh 10km saya tolak 😁 Selepas itu kami decide mencari stroller yang sesuai untuk mereka berdua.
Alhamdulillah, ini minat saya. Sebab ini juga, saya rasa nak mengajak orang ramai untuk bersama-saya dan keluarga untuk sertai komuniti ini. Walau di mana pun kita, anda boleh berlari menolak stroller bersama anak dan keluarga. Doakan komuniti ini akan dapat berkumpul beramai-ramai di dalam 1 acara kita sendiri. Saya yakin kita mampu membuatnya. 

Ikmal
#TheRunningDad







Saturday 3 February 2018

Report : First Ever Stroller Runners Community Group Run

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua.
Tanggal 3 Februari 2018 menjadi kenangan indah pabila julung kalinya stroller runners berkumpul dan menjalankan aktiviti berlari sejauh 5km bersama dengan pace yang agak tenang dan santai. Walaupun menjangkakan kehadiran yang ramai, namun terdapat beberapa ahli yang tak dapat menyertai pada saat-saat akhir.

Sejujurnya sehari sebelum, aku nervous. Teruja namun risau. Risau adakah matlamat akan tercapai. Risau ada ke yang nak turun. Risau mampukah aku menguruskan program dengan baik. Malam itu pula aku lewat pulang dari latihan hoki Uniten di Klang. Jam 12mlm baru sampai rumah. Pukul 1 pagi baru tidur.

Hari kejadian. Jam 7 pagi tiba di Palace of Justice. Setelah pasti tiada lg yang akan datang, kami memulakan larian 5km kami menyusuri sepanjang jalan utama. Dibantu oleh Faisal & beberapa pemain hoki Uniten, mereka berbasikal sambil menjadi road marshall bagi memastikan keselamatan kami sepanjang kami berlari. Ada 6 stroller kesemuanya, 1 terpaksa pulang awal. 1 lagi passengernya masih lagi kecil dan terpaksa berhenti kerana anak ingin menyusu.



Alhamdulillah, aku bersyukur. Antara yg hadir, Al Rumie - Ambassador Score Run dan wife (Songket Runner katanya) , 2 orang adik aku dari Mak Bapak yang berbeza, Danny dan Ejon (Zulfadhli), Dahlia, Zack dan wife, dan juga abang Suria yang baru malam tadi pulang dari perantauan. Terbaik bang Suria. Gambar memang awesome ! Sepanjang larian bertemu dengan Abg Azman & Kak Yang Farina yang awesome. Depa tengah prepare Powerman. Jangan menyesal terregister KY. Kami tau KY boleh !

Kami habiskan larian kami dengan jamuan makan. Dalam masa yang sama menyambut Birthday anak kami yang kedua, Kayyisha. 3 tahun dah awak dik.. 😁 Semoga membesar dengan lebih sihat.

Dan Arif pun turut dropby. Dari jauh datang, dia cycling arini, persediaan untuk event mext week di Johor. Very nice guy. Penuh ilmu. Banyak input dapat dari dia. Good luck next week brother.

Program kami ini turut mendapat perhatian pihak media, Kosmo yang datsng membuat coverage. Thanks to Aminah dan photographer yang datang. Insyaallah minggu depan keluar artikel di Kosmo. 1 situasi yang sihat untuk Community yang baru ditubuhkan. Bukan nak cari populariti, tapi nak sebarkan, nak maklumkan yang kita ada. Stroller Runners 💪

Sebagai pengakhiran, terima kasih kepada yang memberi sokongan. Datang atau tidak, itu belakang cerita. Yang penting kita sama-sama memberi inspirasi kepada orang lain.

Ada anak bukan alasan untuk tidak exercise.
Bring them along.
Let's Run Together.

Insyaallah, next edition untuk geng-geng yang boleh pergi jauh sikit.

10km Night Run. Serlahkan Stroller Anda 😁

//Gambar dari lensa Al Rumie dan Abang Suria.
Thanks a lot.











Popular Post