Sunday 6 January 2019

Accessories Yang Perlu Standby Jika Kita Berlari Dengan Stroller



Salam tahun baru. Semoga tahun 2019 akan menjadi tahun yang baik buat kita semua. 
Artikel ini sebenarnya agak penting, ibarat guideline yang perlu diikuti oleh semua stroller runners.

Accessories, adalah barang/keperluan tambahan untuk sesuatu perkara. Jadi in this case, kita nak bagitahu apakah perkara yang penting yang kita kena prepare sebelum kita berlari dengan stroller.
Ada perkara yang wajib, ada perkara good-to-have untuk kita.

Yang wajib adalah seperti berikut:

1.            Rain Cover – Kena standby in case tengah lari, tiba-tiba hujan turun.

2.            Sun Cover – Yang ni unik sikit, dia extended canopy untuk yang sedia ada pada stroller, dan boleh tutup hingga ke depan.

3.            Pam & Tiub Spare – Ini penting, at least pam kena ada in case tayar kurang angin, kena pam. Kalau tak, berat lah nak menolak stroller tu nanti. Ada juga kes, sampai kat event, bawak keluar stroller dari kereta sekali tayarnya takde angin. Mana nak cari stesen minyak time tu? Hehe. Yang nak pam kat stesen minyak tu pun, hati-hati jugak. Ikut psi yang ditetapkan, jangan ikut level kereta, meletup tayar nanti 😅

4.            Blinkers – Lampu keselamatan. Macam-macam jenis boleh beli, di online, di kedai, segala macam warna. Yang guna bateri, yang boleh caj semula. Tolong beli banyak, sebab mesti akan hilang. Kalau lari waktu malam, meriah stroller dengan lampu lip-lap.

5.            Hand Strap – Ramai yang takde ni pada stroller masing-masing. Tolong beli lepas ni ye. Inilah ikatan yang penting antara kita dan stroller. In case ada apa2 terjadi pada kita, stroller takkan terlepas dari tangan kita, insyaAllah.

Contoh gambar accessories yang kami cadangkan di artikel ini

Yang tidak wajib tetapi good-to-have adalah seperti berikut:

1.            Loceng – In case anda seorang yang laju, loceng maybe dapat membantu memberi ‘signal’ kepada orang di hadapan supaya dapat memberi sedikit ruang untuk kita memotong mereka. Jenuh weyh kalau time lari pace laju, dan dalam masa yang sama dok jerit minta laluan

2.            Phone Holder                In some cases, tak semua runners berlari dengan jam gps, instead guna handphone sahaja untuk tracking mileage. So better have 1 holder, cariklah macamana pun, kalau nak yang ikat dekat handle bar, search yang cycling phone holder. Kalau tak, handphone boleh terbang time corner atau terlanggar lubang. Ini kisah benar! Lepas tu, menangis bucu stroller tau! Bahahahaha

3.            Stroller Organizer Bag – Yang mana anaknya masih menyusu, probably kena ada additional bag untuk letakkan susu anak, botolnya lagi, air panasnya lagi. Tapi nak tips lebih mudah, bagi anak kenyang dulu sebelum lari, so most likely anak tak mintak susu time kita lari.

4.            Baby Head Support Fastening Belt - Yang ni takde orang beli lagi tapi maybe yang seat xleh adjust/ incline boleh cuba. Untuk elakkan kepala anak terlentok ke depan, bolehlah guna accessories ni. Head support ni akan kekalkan posisi kepala anak kita di stroller.

Itu sahaja accessories yang kami boleh sharekan untuk anda consider beli. FYI, kami dalam perbincangan dengan 2 buah kedai untuk bekerjasama dalam memajukan lagi budaya berlari dengan stroller ini. Boleh ziarah ke kedai Mamakiddies di Setia Alam atau Jumping Baby Jacks di Damansara. Boleh google lokasi kedai.

Maklumkan yang anda daripada MSRC untuk menikmati layanan khas dan diskaun. Kalau tak di layan, sebut sampai 3 kali 😂😂😂



Wednesday 12 December 2018

Re-post : BEG GALAS BABY & ACARA LARIAN

Dalam acara larian yang sertai, ada terlihat ibu-bapa yang join acara larian sambil bawa baby mereka menggunakan bag galas seperti ini. 

Sesuai ker bawa berlari baby menggunakan bag galas ini?
Saya melihat perkara ini tidak selamat buat kedua-duanya; ibu/bapa & baby. Bag galas ini direka untuk membawa baby pada keadaan yang terkawal dan berjalan. Bukannya dibawa untuk aktiviti seperti berlari.
Semestinya membawa baby berlari menggunakan beg galas ini terutama meletakkan baby di bahagian hadapan akan memberi tekanan kepada bahagian belakang ibu/bapa yang menggalasnya.
Bagi baby pula, semestinya tidak selesa kerana henjutan dalam beg tersebut sambil digalas ibu/bapa yang sedang berlari.
Tapi apa yang paling ditakuti adalah jika ibu/bapa yang berlari itu terjatuh. Berlari sambil menggalas baby di bahagian hadapan semestinya tidak stabil.
Bayangkan jika terjatuh lalu terhimpap bayi yang digalas di bahagian hadapan dengan berat individu dewasa dan impak terjatuh ke atas bayi tersebut. Pasti satu kecerderaan serious boleh berlaku.
Jadi, bagi saya lebih selamat untuk bawa baby berlari menggunakan stroller khas untuk berlari. Ulasan berkaitan stroller ini telah saya tulis dalam penulisan saya yang terdahulu.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156590559347630&id=779052629)
Ibu-bapa perlu lebih prihatin dalam perkara berkaitan keselamatan baby. Bersukan memang digalakkan. Namun keselamatan baby harus diutamakan.
Mungkin boleh bergilir-gilir antara suami isteri untuk menjaga baby semasa berlari. Atau bergilir-gilir masuk event larian. Atau gunakan stroller berbanding beg galas seperti ini.
Sekadar pandangan dan nasihat sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)


Risaukan Anak Ketika Berlari?


Seringkali orang bertanya dengan saya, bagaimana nak mengawal anak di dalam stroller untuk tempoh yang lama? Ini adalah 1 topik yang bagus untuk dibincangkan. Sebab apa? Sebab setiap anak itu, berbeza ragamnya. Ok, saya bagi beberapa tips untuk persediaan anak.

Anak-anak luangkan masa bermain selepas mak bapak habis berlari.
Kita bagi masa untuk mereka berseronok pula.
Pic : Selepas KL Car Free Morning
  • Toys – Standby barang mainan mereka seperti anak patung. Risau jatuh? Cari toy strap. Murah je di Shopee.
  • Makanan – Ini penting. Bawa keperluan makanan mereka, bergantung kepada umur mereka lah ye. Kalau yang masih baby, sediakan susu. Biasanya kami bagi kenyang siap sebelum lari supaya anak tak meminta susu masa kita berlari. Kalau yang dah besar, jajan, kuih, gula-gula dan air minuman untuk mereka. 
    Pic : Parkrun Presint 18, Putrajaya
  • Libatkan mereka sekali – Dari awal nak bersiap, bagitahu mereka yang kita akan berlari. Timbulkan keseronokan daripada awal. Kadang-kadang saya bawa mereka ke racekit collection, mereka yang akan tanya, esok kita lari kat sini ke Daddy? Kawan-kawan Daddy datang ke?Dia tanya sebab dia tau, nanti ramai kawan2 yang dia akan jumpa dan bermain selepas lari.
  • Pep Talk – Sebelum start berlari, bercakap dengan mereka. Bagitau mereka yang kita akan berlari, enjoy larian ni dan kita habiskan sama-larian ni. Jadi mereka akan ada feeling yang mereka pun sama-sama berlari dengan kita.
  • Uruskan time mereka berlari – yang dah besar sikit, mesti nak turun lari. Anak kita, kita yang manage. Bagitau mereka, bila masa yang sesuai untuk turun dan boleh berlari. Dan, kalau misal kata anda ingin mengejar ‘personal best’, kena bagitau awal-awal masa pep talk, yang race ini anak takkan turun dan berlari sebab anda nak lari laju dan mengejar masa.
    Pic : Parkrun Presint 18, Putrajaya
  • Latihan – janganlah kita hanya bawa mereka masa event sahaja. Sekali sekala, bawalah mereka berlari dan berlatih. Anak-anak ni, lain ragamnya. Yang seorang, suka ikut berlari. Kalau dia Nampak kita nak keluar berlari, menangis nak ikut. Bila bawak, tak sampai 1km dah tumbang tidur. Yang seorang lagi, ikut mood. Ada masa, nak mengikut. Ada masa, tak mau. Tapi, dalam stroller, nak bersembang tak berhenti. Jadi, kena cuba dan ketahui bagaimana reaksi mereka sendiri.
  • Berbual – ramai yang bagitau kenapa best berlari dengan stroller ni, adalah sebab masa yang baik dengan keluarga dan anak. Jadi, berbual lah dengan mereka. Nak bual apa? Masa kita kecil dulu, ingat tak mak bapak kita tunjuk pokok, kapal terbang, burung, keretapi, ayam, kucing, bas, masjid, dan lelain lah. Buatlah macam tu. Yang dah memang petah bercakap, tak perlu ajar dah kot apa topik nak buka. Dia yang akan tanya itu ini ye dak? Hehehe.
    Pic : Parkrun Presint 18, Putrajaya
  • Join Group Run MSRC – Sertai group run kami dapat membantu anak anda rasa seronok kerana habis larian, adalah masa untuk mereka pula bermain dengan rakan-rakan lain. Kami memang akan bagi masa untuk mereka bermain sambil kita berehat dan bersembang selepas lari.


Itu sahaja tips saya pada kali ini. Anda ada point untuk dikongsikan? Ingat, setiap anak kita, lain ragamnya. Jika boleh, elakkanlah memberi gadget kepada anak anda semasa berlari.  Kita dah buat benda yang bagus bawak anak join aktiviti outdoor, tapi bagi gadget pula. Berbuallah dengan mereka, inikan masa bersama keluarga. Semoga bermanfaat buat semua.


-The Running Dad-

Anak-anak bercamping masa mak bapak join Pink Ultra


Popular Post