Wednesday 12 December 2018

Re-post : BEG GALAS BABY & ACARA LARIAN

Dalam acara larian yang sertai, ada terlihat ibu-bapa yang join acara larian sambil bawa baby mereka menggunakan bag galas seperti ini. 

Sesuai ker bawa berlari baby menggunakan bag galas ini?
Saya melihat perkara ini tidak selamat buat kedua-duanya; ibu/bapa & baby. Bag galas ini direka untuk membawa baby pada keadaan yang terkawal dan berjalan. Bukannya dibawa untuk aktiviti seperti berlari.
Semestinya membawa baby berlari menggunakan beg galas ini terutama meletakkan baby di bahagian hadapan akan memberi tekanan kepada bahagian belakang ibu/bapa yang menggalasnya.
Bagi baby pula, semestinya tidak selesa kerana henjutan dalam beg tersebut sambil digalas ibu/bapa yang sedang berlari.
Tapi apa yang paling ditakuti adalah jika ibu/bapa yang berlari itu terjatuh. Berlari sambil menggalas baby di bahagian hadapan semestinya tidak stabil.
Bayangkan jika terjatuh lalu terhimpap bayi yang digalas di bahagian hadapan dengan berat individu dewasa dan impak terjatuh ke atas bayi tersebut. Pasti satu kecerderaan serious boleh berlaku.
Jadi, bagi saya lebih selamat untuk bawa baby berlari menggunakan stroller khas untuk berlari. Ulasan berkaitan stroller ini telah saya tulis dalam penulisan saya yang terdahulu.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156590559347630&id=779052629)
Ibu-bapa perlu lebih prihatin dalam perkara berkaitan keselamatan baby. Bersukan memang digalakkan. Namun keselamatan baby harus diutamakan.
Mungkin boleh bergilir-gilir antara suami isteri untuk menjaga baby semasa berlari. Atau bergilir-gilir masuk event larian. Atau gunakan stroller berbanding beg galas seperti ini.
Sekadar pandangan dan nasihat sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)


No comments:

Post a Comment

Popular Post