Thursday 8 February 2018

Stroller Apa Yang Sesuai Untuk Berlari?

Salam semua.

Alhamdulillah. Komuniti ini semakin berkembang. Saya harap anda yang join komuniti ini sudah pun mula berlari dengan stroller. Impian saya nak mencetus budaya hidup gaya sihat di kalangan rakyat Malaysia. Mempunyai anak bukan penghalang untuk kita bersenam atau beriadah.

Ramai yang bertanya, berkaitan dengan stroller. Brand apa yang sesuai? Stroller apa yang boleh kita buat berlari? Takpe ke saya tolak guna stroller biasa je? Ok. Artikel kali ini saya akan ceritakan stroller apa yang sesuai untuk dibawa berlari.

Gambar diambil ketika event SIC Motorsports Free Morning
By : Ernizuraini

Isteri saya yang memilih stroller yang kami gunakan sekarang ini. Phil & Teds. (Dash). Pilihan ini sebab boleh bawa 2 orang penumpang hehe.. Sebelum ini, kami pertama kali menolak dengan menggunakan Stroller MacLaren. Untuk menolak sejauh 10km, stroller berkenaan agak tidak sesuai kerana faktor keselesaan anak. Jadi apakah kriteria yang perlu difikirkan sebelum memilih stroller untuk sesuai.

Pertama sekali yang kita perlu fikirkan adalah keselesaan anak. Jadi, kriteria yang pertama adalah stroller yang berjenis tayar angin atau tayar yang boleh dipam. Ini kerana, tayar angin mampu memberi keselesaan ketika kita sedang berlari. Stroller anda tidak bergetar dan mengurangkan hentakan samada anda di jalan tar atau "off road". Tapi 1 perkara kena ingat, kena sentiasa periksa tayar dikhuatiri sebelum event, tayar stroller anda pancit. Pastikan anda mempunyai pam tayar di dalam kereta sebagai langkah berjaga-jaga juga.

Anda juga digalakkan mencari stroller yang mempunyai 3 tayar dan yang boleh adjust to fixed. (Lock supaya tayar tidak berpusing) Sebelum ini saya lebih suka tayar depan saya dilaraskan bebas. Namun baru-baru ini saya mencuba untuk kunci pergerakan tayar stroller atas nasihat Sifu Arif, ternyata kawalan stroller lebih baik dan mudah. Begitupun, jika anda ingin menggunakan stroller yang boleh digunakan untuk aktiviti seharian juga, pastikan anda tidak memilih jenis "fixed front wheel"

Contoh fixed front wheel.

Seterusnya ada stroller yang mempunyai braking system. Stroller yang mempunyai brek tangan ini sebenarnya akan membantu kita mengekalkan form larian atau posture badan kita dalam keadaan yang baik ketika turun bukit kerana kita menurun kita akan mengubah rentak larian kita untuk menahan stroller kita yang akan bergerak lebih laju ketika itu. Stroller saya tidak mempunyai brek tangan. Hanya ada strap untuk dikuncikan di tangan supaya stroller tidak terlepas dari genggaman kita. 

Yang penting sekali, rajin-rajinkan diri membaca spesifikasi stroller tersebut. Ini kerana supaya anda boleh mengetahui lebih mendalam mengenai stroller itu. Ada stroller yang seat nya tidak boleh dibaringkan jadi kesian juga pada anak kerana terpaksa tidur dalam keadaan tegak. Ada stroller yang tidak mempunyai compartment yang besar untuk anda membawa barang-barang keperluan anak seperti mainan, makanan snek, susu dan sebagainya. Sudah tentu anda sendiri ingin menumpang air botol minuman anda juga di stroller. 

Jadi, buatlah pilihan yang bersesuaian mengikut bajet anda sendiri. Saya dan isteri beli 2nd hand di Mudah.my. Antara jenama baby jogger yang terdapat di pasaran (belum tentu ada di Malaysia) :

1. Phil And Teds
2. BOB Stroller
3. Baby Jogger FIT
4. Mountain Buggy Terrain
5. Schwinn Stroller
6. Thule


Bagi yang berlari jarak 3-5km, tiada masalah untuk menggunakan stroller yang biasa cuma jika anda mempunyai keinginan untuk masuk event 10km, saya menyarankan anda untuk memikirkan untuk mencari stroller yang lebih selesa untuk anda dan anak anda. 

Selamat mencuba dan sharekan juga kepada rakan anda. 

Ikmal
#TheRunningDad

No comments:

Post a Comment

Popular Post