Tuesday 20 November 2018

Macamana Nak Cari Stroller Jogger Macam Korang?

Salam,

Lama tak menulis. Agak busy dengan kerja lain jadi masa yang terluang untuk menulis agak terhad. Insyaallah akan cuba konsisten semula membuat artikel-artikel terutamanya tips berkaitan dengan stroller running ni.

Ok, lately ni makin ramai bertanya mana nak cari stroller macam korang eh? Beli kat mana, berapa harganya, jenis stroller yang sesuai. Dalam artikel lain, saya ada tuliskan jenis stroller yang sesuai untuk berlari. Mohon baca artikel yang tu dulu supaya faham stroller apa yang nak dicari. Untuk artikel kali ni saya nak bercerita, mana kami dapat stroller yang kami guna ni.

BOB Revolution

Ada beberapa tempat untuk carik stroller ni. Yang pertama, kami survey di medium website jualan online iaitu mudah.my, dan carousel. Ini adalah untuk stroller preloved atau yang 2nd hand. Harga? Bergantung kepada owner tu lah berapa dia nak value, tengok pada kondisi dan usia stroller tersebut. 





Yang kedua, bagi barangan baru pula, kebanyakan daripada kami, beli stroller daripada mamakiddies, kedai di Setia Alam, Selangor. Online pun dia ada jual di Lazada. ada yang di online tapi tiada di kedai. Yang beli di kedai kalau tak silap dapat murah sikit lagi bila bagitau datang dari MSRC. 

Phil And Teds Sport
Dan yang terakhir. Baca betul-betul. Kami buka Carousel Singapore. Make a deal dengan owner. Harga convert ikut currency. Seterusnya, bila done deal bagitau kawan yang akan COD amek di sana. Hubungi sahabat kita Yasir, dalam group MSRC yang anda dah deal stroller di sana, bagi link iklan dan phone number owner. Bro Yasir akan set runner untuk ambil 'machine' bawa keluar ke JB dan akan post ke tempat anda menggunakan khidmat bas ekspress. Additional cost untuk runner dan driver bas ni lebih kurang RM100. Jadi jika stroller anda dapat dengan harga RM500, sediakan RM100 extra untuk kos hantaran ke lokasi anda tinggal. 
Baby Jogger Performance

Perlu faham, Bro Yasir 'membantu' anda bawa stroller idaman anda. Jika ada kelewatan, maybe sebab dia busy atau ada masalah dengan runner ada job lain. So, jangan ada yang marah-marah pula ye. Dia tak ambil 1 sen pun duit anda tu. Kami buat semua ni, atas dasar kekeluargaan, nak membudayakan stroller running ni di Malaysia. Alhamdulillah, pembudayaan ini berhasil dalam tempoh setahun ini. 




Nota tambahan : Pastikan anda peka dengan scammers. Mereka ada di mana-mana. Minta gambar lain selain dari apa yang mereka tunjukkan di iklan. Jangan bayar sebarang deposit sekiranya mereka minta. Periksa juga condition stroller itu sebaiknya, sebelum membuat keputusan membeli. 

Saya harap saya dah menjelaskan segalanya di sini. Semoga bermanfaat buat semua. 

-The Running Dad- 


10 comments:

  1. info tu yg sangat berguna.terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  2. Good info...πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  3. Hi. Saya jumpa Bob stroller di carousell sg. macam mana nak deal ya? saya tak jumpa contact Yasir tu di group facebook.

    ReplyDelete
  4. Harrah's Resort and Casino: A Gamble in Michigan
    Casino: A Gamble in Michigan. The official site μ•„μ‚° 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ of Harrah's Resort and Casino 원주 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ in μ˜μ •λΆ€ 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ Michigan. 이천 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ Experience luxurious rooms, 읡산 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ suites and exciting

    ReplyDelete

Popular Post