Wednesday 24 January 2018

Twincity Marathon Drama Review

Salam semua,

Kali ini saya nak bercerita tentang event pertama saya pada 2018. Full Marathon di Event Twincity Marathon !! Haha.. Ini memang kerja orang gila. First event of the year dah join FM. Untuk makluman, ini adalah FM kedua saya. Kenapa?

Kerana isteri tercinta saya. Ini adalah FM pertama untuk dia atau kebanyakan orang gerlarkan Virgin FM (VFM) Saya maklumkan kepada dia, kali pertama saya VFM di SCKLM 2017 memang best tetapi saya tidak tahu nak kawal rentak saya, taktau macam mana nak rancang larian saya dan sejujurnya saya "bonk teruk" bermuka KM30. cramping yang agak teruk sehingga tak mampu berlari untuk beberapa km.


Foto Kredit : Fiz Said
Gambar diambil sebelum mula larian.
Jadi, saya daftarkan event ni sebagai VFM untuk beliau dan yang kedua untuk saya, nombor bib kami juga agak cantik A0070 & C1711. 👯 Kami tiba agak awal, 2:30pagi dan parking agak mudah kerana masih ramai belum tiba. Jam 3:30 pagi baru mula warm-up dan yang bestnya sempat bertemu photographer favourite runners Malaysia, Fiz Said yang of course menjadikan kami sebagai gambar terawal di dalam albumnya hehe.





Permulaan yang baik, kami berlari dengan tenang. saya memberitahu Erni jangan fikirkan timing yang kita akan buat namun saya tau dia memang fighter. Dia mesti nak buat yang terbaik. 2 Ws yang terawal saya tidak minum namun menunggu Erni kerana kakinya agak struggle dengan sesemut nak cramp. Masuk di Putrajaya, bertemu dengan Kak Yang Farina yang sentiasa awesome. Dapatlah ikut kejap sambil bersembang namun Erni keciciran tanpa disedari. Rupanya dah berhenti akibat cramp. Luckily, ada stock Salt Stick yang dibeli. Cuma yang ralatnya apabila tiada 1 station pun yang ada energy gel. Kami ingat adalah juga yang organizer sediakan untuk runners. Sabar jelah ! Pengajaran untuk kami, beli banyak terus lain kali haha.

Antara runners lain yang kami jumpa, of course idola tanahair, Mohd Azmi (MA/Gme) yang sentiasa menjerit memberi semangat kepada runners yang lain. Saya pun dah terikut style dia sekarang. Jumpa di seberang,Al Rumie yang membawa cinta hatinya untuk HM yang pertama. Tahniah bro. Dan juga Abg Johan yang laju berdesup lepas saing bersembang kejap. Last sekali nak mention, Bro Sumi Uzir yang berjaya tolak stroller kali pertama untuk distance 21km !! Tahniah !! Bangga weh.. Sebabnya, masa selisih tu terkedu kejap tengok dia lari tolak stroller tapi dukung anak dia ! hahaha..

Solat Subuh di KM17.5 tapi runners ada masalah nak ambil wudhu' & ada juga runners yang membazir penggunaan air untuk wudhu'. saya guna 2 cawan yang disediakan sahaja, mencukupi.
Tempat solat juga terhad dan tidak mencukupi untuk solat dalam 1 waktu yang sama. Namun, terima kasih kerana menyediakan kemudahan kepada runners.

Drama bermula di KM29, bayangkan kena lalu sebelah finishing line !! Hahaha, koyak mental. Selang-seli jugalah kami berhenti kerana nak kawal kaki daripada cramp. Kaki saya yang mula tangkap start dari sini. Erni dah mula okay. Kepenatan, kelaparan tak payah ceritalah. Rasanya 10 biji pisang saya makan sepanjang larian.


Menuju ke Finishing Line. Kami Berjaya !
Foto Kredit : Jeffrey Teo
Alhamdulillah KM30, hujan mengiringi larian kami. Ketika ada di KM35, saya memberitahu Erni yang kita pasti akan sampai di bawah 6 jam namun memang perit juga nak habiskan 5km yang terakhir. Over distance almost 1km membuatkan masa rasmi kami adalah 6jam 3minit. Namun kami gembira kerana kami berjaya menghabiskan larian ini bersama seperti yang dirancang. Penghujung larian yang agak mental dan cuaca pun mulai terik, tapi saya menganggap ini 1 kejayaan kerana berjaya menemani isteri saya menghabiskan FM beliau yang pertama tanpa sebarang masalah besar.
Kami berlari bukan kerana nak membanggakan diri. Seperti mana orang lain yang memberi inspirasi kepada kami, kami juga ingin memberi inspirasi kepada rakan-rakan kami samada baru atau yang lama untuk hidup gaya sihat. Saya tidak akan selalu berlari FM, selepas ini di SCKLM. Namun tahun depan akan memilih HM kerana ingin fokus menolak stroller kerana itulah bermulanya keseronokan saya berlari.

Jumpa lagi di artikel yang lain.
Salam tahniah kepada isteriku, Ernizuraini. You are the best. Good luck FM di SCKLM.

Thursday 11 January 2018

Tips Berlari Dengan Stroller


Photo By ZahidZidane during
Putrajaya Night Marathon 2017
Acara larian semakin bertambah, sana sini kita nak masuk tapi kadang-kadang terfikir anak kecil lagi. Takkan tiap-tiap hujung minggu nak balik kampung hantar anak kat atuk nenek kan? Nak hantar kat babysitter, diorang pun nak ada masa bersama keluarga dan waktu berehat juga. Jadi bawalah anak tu berlari bersama dengan stroller tu. Kenapa tidak? Di sini saya bagi beberapa tips untuk berlari dengan stroller :

1.       Pastikan anda menyediakan snek makanan atau biskut yang mencukupi (isi dalam bekas supaya senang nak buka dan tutup) , air minuman, permainan yang boleh disangkut di stroller (tak perlu risau mainan terjatuh, kena berhenti untuk kutip semula).

2.       Saya tidak menggalakkan anda memberi anak anda telefon atau tab untuk menonton video kartun di youtube atau bermain game kerana ianya tidak memberi faedah kepada anak anda. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda berinteraksi dengan anak-anak, menunjukkan objek-objek di sekeliling atau menikmati persekitaran.

3.       Saya menyediakan wireless speaker di stroller dan mempunyai koleksi lagu kanak-kanak di dalam senarai lagu saya. Ini memastikan mereka turut bergembira sepanjang larian dan menyanyi lagu kegemaran mereka. Kadang-kadang sampai 3 kali ulang lagu yang sama haha.

4.       Mungkin anda tidak percaya, tetapi mereka juga mampu memberi sokongan moral. “Daddy, laju lagi” atau “Daddy tak boleh berhenti, nanti kita kalah” Mungkin anda akan mental sekejap, tetapi lambat laun anda akan terbiasa dengan kata-kata semangat yang diberikan.

5.       Tak perlu laju. Kita bukan berlumba. Inilah masa bersama keluarga. Hidup dengan gaya yang sihat. Yang penting, cuba untuk tidak berhenti berlari. Kekalkan rentak larian walaupun perlahan. Untuk permulaan, ambil jarak larian yang dekat terlebih dahulu. 5km sudah cukup. Jangan terus cabar diri nak masuk 21km Half Marathon ye.

6.       Peka dengan pelari yang lain. Kita ni bertayar, makan kawasan. Jadi semasa anda berlari atau nak berhenti berjalan, pastikan anda tidak menghalang pelari-pelari yang lain. Kalau anda spesis yang laju, jangan malu untuk bersuara, “Tolong beri laluan, TQ” Angkat tangan juga kepada mereka yang memberi laluan sebagai tanda hormat. Kita kan beradab J

7.       Yang terakhir, jenis stroller. Bukanlah keutamaan, tetapi jika rasanya anda memang akan kerap membawa anak anda ke acara larian, maka pilih stroller yang beroda 3 kerana yang beroda 4, 2 tayar depan akan saling bergaduh mencari arah masing-masing dan stroller tayar hidup supaya anak anda lebih selesa di atas stroller.  
Selamat mencuba. Jangan lupa join Facebook Group, Malaysian Stroller Runners Community untuk bersama-sama berlari dengan kami.

Popular Post