Monday 5 February 2018

Kenapa Saya Berlari?

Ramai yang bertanya, kenapa tiba-tiba minat lari masuk event sana-sini? Entah. Ha ha ha...
Larian ni, kalau secara awalnya kami mula-mula masuk event pada 2013. Selepas kelahiran anak pertama kami, Khaylila. Saya tak pasti dengan korang semua, tapi saya memang ada sindrom berjangkit dengan wife. Masa dia pregnant, saya pun sama-sama mengembang. 😅

So Mac 2013, kami masuk 1 larian. Disember kami masuk lagi 1 event, Uniten MAKNA Run. This time tak suka lari jugak. Erni yang registerkan.

Berbezakan saiz? Hehe. Kejap naik kejap turun. Macam itulah saya. Masuk 2016, kami start masuk semula larian. Waktu ni anak dah 2 orang. Kami biasanya akan hantar anak ke rumah mak bapa saya di Serdang, sebelum ke tempat event namun kami membuat keputusan untuk bawa kedua-duanya sekali ke event Sunsuria Foodiethon 2016 dan menolak mereka dengan stroller. Di event tersebut, kami betul-betul bermula dari belakang kerana menunggu kawan yang tak kunjung tiba, Hafzan. Lewat sampai. Kami lari jugak, tinggalkan dia. 

Sepanjang larian kami memintas pelari-pelari yang dah mula berjalan di KM1-3. Dari situ kami terdengar ada yang memberi sokongan, suntikan semangat seperti "Wow, steady bang. Tolak 2 orang boleh panjat bukit", "Terbaik bang, akak". Ada juga yang bersembang sesama kawan, "Weh, jom lah lari balik. Abang tu tolak stroller pun steady je". Ternyata, dalam diri saya, timbul keterujaan, semangat. Terasa seolah saya memberi inspirasi kepada orang lain. Perasaan yang tak dapat nak dibayangkan. Tenaga dalaman bertambah. Memang hebat. Kami bertukar ganti menolak stroller kerana belum pernah tolak mereka sambil berlari sebelum ini. Belum pandai nak kawal pace dan kawal pernafasan. Bukit lagi nak kena daki. Hehe.
Bermula dari belakang, kami memotong yang sudah mula berjalan di bukit yang pertama. 
                                 

Event inilah permulaan saya menolak stroller sejauh 10km dan saya rasa seronok sekali. Selepas daripada event ini, saya kerap membawa anak-anak saya berlari di waktu petang bila ada kelapangan. Pada saya, mempunyai anak bukan penghalang untuk bersenam. Saya faham, situasi lain seperti kekangan waktu kerana berkerja dan menguruskan hal-hal rumah juga. Namun, cuba juga luangkan masa anda untuk beriadah walaupun anda sibuk berkerja. Insyaallah pasti boleh. Nak mulakan sesuatu yang baru itu memang sukar. 

Di finishing line
Tengok cara anak saya duduk, begitulah keadaannya sejauh 10km saya tolak 😁 Selepas itu kami decide mencari stroller yang sesuai untuk mereka berdua.
Alhamdulillah, ini minat saya. Sebab ini juga, saya rasa nak mengajak orang ramai untuk bersama-saya dan keluarga untuk sertai komuniti ini. Walau di mana pun kita, anda boleh berlari menolak stroller bersama anak dan keluarga. Doakan komuniti ini akan dapat berkumpul beramai-ramai di dalam 1 acara kita sendiri. Saya yakin kita mampu membuatnya. 

Ikmal
#TheRunningDad







No comments:

Post a Comment

Popular Post