![]() |
Photo By ZahidZidane during Putrajaya Night Marathon 2017 |
Acara larian semakin bertambah, sana sini
kita nak masuk tapi kadang-kadang terfikir anak kecil lagi. Takkan tiap-tiap
hujung minggu nak balik kampung hantar anak kat atuk nenek kan? Nak hantar kat
babysitter, diorang pun nak ada masa bersama keluarga dan waktu berehat juga.
Jadi bawalah anak tu berlari bersama dengan stroller tu. Kenapa tidak? Di sini
saya bagi beberapa tips untuk berlari dengan stroller :
1.
Pastikan anda menyediakan snek
makanan atau biskut yang mencukupi (isi dalam bekas supaya senang nak buka dan
tutup) , air minuman, permainan yang boleh disangkut di stroller (tak perlu
risau mainan terjatuh, kena berhenti untuk kutip semula).
2.
Saya tidak menggalakkan anda
memberi anak anda telefon atau tab untuk menonton video kartun di youtube atau
bermain game kerana ianya tidak memberi faedah kepada anak anda. Ini adalah
masa yang terbaik untuk anda berinteraksi dengan anak-anak, menunjukkan
objek-objek di sekeliling atau menikmati persekitaran.
3.
Saya menyediakan wireless speaker
di stroller dan mempunyai koleksi lagu kanak-kanak di dalam senarai lagu saya.
Ini memastikan mereka turut bergembira sepanjang larian dan menyanyi lagu
kegemaran mereka. Kadang-kadang sampai 3 kali ulang lagu yang sama haha.
4.
Mungkin anda tidak percaya,
tetapi mereka juga mampu memberi sokongan moral. “Daddy, laju lagi” atau “Daddy
tak boleh berhenti, nanti kita kalah” Mungkin anda akan mental sekejap, tetapi
lambat laun anda akan terbiasa dengan kata-kata semangat yang diberikan.
5.
Tak perlu laju. Kita bukan
berlumba. Inilah masa bersama keluarga. Hidup dengan gaya yang sihat. Yang
penting, cuba untuk tidak berhenti berlari. Kekalkan rentak larian walaupun
perlahan. Untuk permulaan, ambil jarak larian yang dekat terlebih dahulu. 5km
sudah cukup. Jangan terus cabar diri nak masuk 21km Half Marathon ye.
6.
Peka dengan pelari yang lain.
Kita ni bertayar, makan kawasan. Jadi semasa anda berlari atau nak berhenti
berjalan, pastikan anda tidak menghalang pelari-pelari yang lain. Kalau anda spesis
yang laju, jangan malu untuk bersuara, “Tolong beri laluan, TQ” Angkat tangan
juga kepada mereka yang memberi laluan sebagai tanda hormat. Kita kan beradab J
7.
Yang terakhir, jenis stroller.
Bukanlah keutamaan, tetapi jika rasanya anda memang akan kerap membawa anak
anda ke acara larian, maka pilih stroller yang beroda 3 kerana yang beroda 4, 2
tayar depan akan saling bergaduh mencari arah masing-masing dan stroller tayar
hidup supaya anak anda lebih selesa di atas stroller.
Selamat mencuba. Jangan lupa join Facebook Group,
Malaysian Stroller Runners Community untuk bersama-sama berlari dengan kami.
good tips bro.. Sekarang pkai stroller biasa je.. kumpul duit dulu... huhu. will get it soon.. paling jauh 7km ngn stroller.. tapi mmg agak susah nak meredah org ramai yang santai2 berjalan join larian..
ReplyDeleteoic... beroda 3 yg better than 4 roda kan... yea tq... 👍
ReplyDelete